Penapis air manakah yang sesuai untuk kegunaan di Kelantan?
Kelantan merupakan negeri yang istimewa dengan pelbagai sumber air, antaranya sumber air paip, air bawah tanah "air boring' dan air telaga. Akibat kekurangan sumber air paip, maka wujudnya sumber air boring dan telaga yang telah digunakan di beberapa tempat (Nota: Sumber air Biro Hal Ehwal Air Kelantan (AKSB) sebahgiannya dari air bawah tanah). Anda sebagai pengguna haruslah mengenalpasti sumber air di rumah anda sebelum membuat pembelian. Sebelum itu, kami akan sentuh berkaitan sistem tapisan air paip. Bagi memastikan air paip bersih dan selamat di gunakan , ia terbahagi kepada dua aspek : 1) Air Paip harus bebas dari segala kekotoran, mendapan, karat, bakteria dan kuman tersisa. - Hal ini disebabkan oleh saluran paip yang terlalu lama di bawah tanah. Kini beberapa kawasan telah mengunakan air sungai dan air bawah tanah sebagai sumber air paip. 2) Air Paip perlu melalui proses menyingkiran klorin, bau, dan warna - Pihak yang bertangungjawab a...