Penapis air manakah yang sesuai untuk kegunaan di Kelantan?
Kelantan merupakan negeri yang istimewa dengan pelbagai sumber air, antaranya sumber air paip, air bawah tanah "air boring' dan air telaga. Akibat kekurangan sumber air paip, maka wujudnya sumber air boring dan telaga yang telah digunakan di beberapa tempat (Nota: Sumber air Biro Hal Ehwal Air Kelantan (AKSB) sebahgiannya dari air bawah tanah). Anda sebagai pengguna haruslah mengenalpasti sumber air di rumah anda sebelum membuat pembelian.
Sebelum itu, kami akan sentuh berkaitan sistem tapisan air paip. Bagi memastikan air paip bersih dan selamat di gunakan , ia terbahagi kepada dua aspek :
1) Air Paip harus bebas dari segala kekotoran, mendapan, karat, bakteria dan kuman tersisa.
- Hal ini disebabkan oleh saluran paip yang terlalu lama di bawah tanah. Kini beberapa kawasan telah mengunakan air sungai dan air bawah tanah sebagai sumber air paip.
- Hal ini disebabkan oleh saluran paip yang terlalu lama di bawah tanah. Kini beberapa kawasan telah mengunakan air sungai dan air bawah tanah sebagai sumber air paip.
2) Air Paip perlu melalui proses menyingkiran klorin, bau, dan warna
- Pihak yang bertangungjawab akan melalukan proses penglorinan di mana ia bertujuan untuk membunuh bakteria berbahaya di dalam air. Lebihan atau sisa klorin yang terdapat dalam air akan menghalang paip air dan takungan air dari pembiakan bakteria atau alga.
Anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai sistem penapisan Air Paip menerusi pautan berikut:
Kini terdapat pelbagai jenis penapis air luar rumah yang dijual di pasaran. Antaranya:
1. Sistem tapisan Multi Layer ( anggaran 30 mikron )
2. Sistem tapisan berasaskan fabrik (anggaran 10 mikron)
3. Sistem tapisan ULTRA FILTRATION (anggaran 0.1 ~ 0.01 mikron)
Ketiga - tiga tapisan di atas merupakan penapis air terlaris di pasaran. Kita akan kaji kelebihan dan kekurangan bagi setiap tapisan
1. Sistem tapisan Multi Layer ~ Multimedia Filtration System
Kelebihan :
- Penapisan pelbagai lapisan juga bermaksud pelbagai fungsi
- Proses BACKWASH yang mudah di selenggara
- Boleh menyerap klorin dalam air
- Kos penyelenggaraan yang rendah
Kekurangan :
- Kekotoran yang berlebihan akan memasuki sistem tapisan (masuk ke dalam rumah)
- Kehalusan tapisan sehingga 30 mikron sahaja
2. Sistem tapisan berasaskan fabrik ~ Fabric Based Filtration System
Kelebihan :
- Kehalusan tapisan sehingga 10 mikron
- Kotor tidak mudah melalui penapis
- Boleh dibasuh berulang kali dan boleh digunakan semula
Kelemahan :
- Jika kekotoran berlebihan, air masuk ke dalam rumah akan perlahan
- Tidak dapat menyerap klorin di dalam air
- Perlukan pembersihan penapis secara berkala
3. Sistem tapisan ULTRA FILTRATION ~ Ultra Filtration System
Kelebihan:
- Kehalusan tapisan sehingga 0.1 ~ 0.01 mikron
- Saiz penapis yang kecil menjimatkan ruang
- Terdapat fungsi RINSE
Kelemahan:
- Disebabkan tapisan terlalu halus, ia mudah tersumbat
- Tidak dapat menyerap klorin dalam air
- Injap RINSE lebih rumit
Kesemua tiga sistem penapisan diatas mempunyai kelebihan dan kekurangannya sendiri. Mana yang lebih sesuai untuk anda bergantung kepada jumlah air yang digunakan di rumah anda, paras air, tekanan air, dan sistem paip. Walau bagaimanapun, penapis air bukan produk sekali pasanag boleh menyelesaikan semua masalah, dan perkhidmatan servis selepas jualan amat penting dan tidak boleh di abaikan.
Ini adalah pengalaman saya dalam industri penapis air di Kelantan selama hampir 7 tahun. Pengalaman ini saya kongsikan dengan anda.
Nota : Sistem tapisan air paip dan kaedah rawatan air bawah tanah tidak sama. Sistem yang dinyatakan di atas adalah sistem tapisan yang sesuai untuk air paip. Seterusnya, saya akan bincangkan sistem dan kaedah rawatan air bawah tanah.
Sila tekan link (FOLLOW) dan ikuti halaman FACEBOOK rasmi kami untuk mengetahui maklumat penapis air tebaru. Sekiranya ada soalan sila tinggalkan mesej anda , saya akan menjawab semua soalan anda melalui Messenger ( m.me/filterstation ).
Comments
Post a Comment